SELAMAT DATANG KE BLOK SAYA FAUZIAH BT RAMLI

Assalamualaikum...

Sabtu, 10 Disember 2011

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1.  Persediaan sebelum mengajar
            *Guru Pendidikan Islam merancang mengenai tajuk pelajaran yang  
              akan diajar.
            *Guru Pendidikan Islam juga menyediakan BBM mengikut kesesuaian
              yang akan diajar.
2.  Bidang                               : Asas Ulum Syar’iah (Ibadah)
3.  Isi pelajaran                      : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4.  Masa                                  : 30 minit
5.  Fokus                   
            5.1  Pemikiran             : murid mengetahui dan memahami fardhu ain
                                                  dan fardhu kifayah.
            5.2  Amalan                 : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah.
            5.3  Penghayatan        : murid mengaplikasikan dalam kehidupan
                                                  seharian.
           
6.  Hasil pembelajaran          : Diakhir pelajaran murid dapat:
                        Aras 1              : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah.
                        Aras 2              : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan
                                                  fardhu kifayah.
                        Aras 3              : menyatakan perbezaan fardhu ain dan fardhu
                                                  kifayah.
7.  Kaedah                              : Penerangan
                                                : Sumbangsaran
                                                : Perbincangan
                                                : Simulasi
8.  Sumber pengajaran dan pembelajaran:
            * Lembaran kerja
            * Carta
            * Carta gambar yang berkaitan
9.  Persediaan guru :
            * Gambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu
               kifayah.
10.Pengetahuan sedia ada :
            * murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah.


Rancangan Pengajaran Harian ( Ibadah Tahun 2 )



Masa

Kandungan


Aktiviti P&P(Guru)


Aktivit murid

Catatan

Mukadimah
( 2 minit )

*Memberi salam

*Bacaan Doa

*Guru masuk ke kelas dan
  memberi salam kepada
  murid.

*Guru membimbing murid
  membaca doa.

*Murid menjawab
 salam guru.

*Murid membaca
 doa.


Set Induksi
( 3 minit )

*Gambar murid
 sedang belajar
 dan doktor
 merawat
 pesakit.

*Bersoal jawab berkaitan
  gambar.

*Guru mengaitkan gambar
  dengan tajuk pelajaran.

*Murid menjawab
 soalan yang
 diajukan oleh
 guru.

*Gambar

Langkah 1
( 5 minit )






















Aras 1
*Carta                    
 pengertian
 Fardhu Ain dan
 Fardhu Kifayah.













*Guru memberi penerangan
  mengenai pengertian
  Fardhu Ain dan Fardhu
  Kifayah.

*Guru meminta murid
 membaca pengertian
 Fardhu Ain dan Fardhu
 Kifayah berdasarkan carta
 secara kelas,kumpulan dan
 individu.

*Guru bersoal jawab
  kepada murid tentang
  pengertian Fardhu Ain dan
  Fardhu Kifayah.


*murid melihat
 carta yang
 dipamerkan.

*murid membaca
 carta secara
 kelas,kumpulan
 dan individu.

*murid menjawab
 soalan yang
 dikemukakan
 guru.

*carta

*lembaran kerja

Masa

Kandungan

Aktiviti P&P

Aktiviti Murid

Catatan

Langkah 2
(10 minit)

Aras 2

*Contoh Fardhu
 Ain (gambar).
-solat
-puasa
-menuntut ilmu
-berbuat baik
 kepada ibu
 bapa.

*Contoh Fardhu
 Kifayah
 (gambar)
-membersihkan
 kelas.
-menolong
 rakan




*Guru membahagikan murid
  kepada kumpulan kecil
  mengikut aras.

*Guru bersoal jawab
  dengan murid mengenai
  contoh-contoh Fardhu Ain.

*Guru mempamerkan
  contoh-contoh Fardhu Ain
  melalui gambar.

*Guru meminta murid
  mengklasifikasikan
  gambar-gambar Fardhu
  Ain dan Fardhu Kifayah.

*Guru meminta murid
  menyebut semula contoh-
  contoh mengikut kategori
  Fardhu Ain dan Fardhu
  Kifayah.

*Membuat penilaian murid
 pada aras 2.









*murid bergerak
 ke kumpulan
 masing-masing
 mengikut arahan
 guru.

*murid
 mendengar
 penerangan guru
 dengan teliti.

*murid berada di
 dalam kumpulan
 masing-masing
 selepas penilaian
 aras 1.

*murid
 berinteraksi
 dalam kumpulan
  masing-masing
  untuk
  menjalankan
  tugasan yang
  diberi oleh guru.

*wakil kumpulan
  membentang
  hasil kerja
  masing-masing.


*Carta
*Bahan
 maujud

*simulasi contoh:
membersihkan kelas dan memungut sampah.

*lembaran kerja





















Masa

Kandungan

Aktiviti P&P

Aktiviti Murid

Catatan

Langkah 3
( 5 minit )

Perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

*gambar

*Guru menerangkan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

*Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

*Guru meminta murid menyebut semula tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan gambar.



*murid mendengar penerangan guru.

*murid memberi tindakbalas terhadap soalan guru.

*murid di dalam kumpulan berbincang dengan guru.

*Gambar

Penutup
( 5 minit )

Penilaian

*Guru menasihati murid agar melaksanakan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah di dalam kehidupan seharian.

*Guru membimbing dan mengawasi murid semasa menjawab lembaran kerja.


*mendengar nasihat guru

*menjawab soalan melalui lembaran kerja yang disediakan.

*lembaran kerja


           







BIBLIOGRAFI

Tuntas,Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman,2004

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008.

Tuntas 4,Sektor Pengurusan Akademik,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.2008.

Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum,j-Qaf Tahun 3,Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral,Kementerian Pelajaran Malaysia,2006.

Tinta Dikara,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Dan Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah,2009.

Buku Teks Rampaian Pendidikan Agama Islam Tahun 2

Sukatan Pelajaran Tahunan Tahun 2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan